Berita Seminar Serantau Di Harian Metro | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Berita Seminar Serantau di Harian Metro

Berita Seminar Serantau di Harian Metro

Serdang: Di masa hadapan hubungan antara Malaysia dan Indonesia mungkin tidak lagi didasari oleh ikatan nostalgia sebaliknya dipengaruhi faktor keuntungan bersama serta saling menghormati.

Sehubungan itu, sebagai persediaan untuk generasi muda selaku pemimpin masa depan mendepani pelbagai cabaran, perbincangan secara terbuka antara Malaysia dan Indonesia amat penting dilaksanakan.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, kedua-dua negara perlu berani berdialog secara terbuka dan saling menyampaikan aspirasi kedua negara secara jujur demi generasi masa depan yang akan membawa kedua bangsa ke arah kejayaan lebih tinggi.

"Kita sering mendengar hubungan antara kedua negara ini didasari faktor sentimental seperti ada rakyat Malaysia yang datuk neneknya berasal dari wilayah-wilayah di Indonesia seperti di Aceh dan sebagainya.

"Mungkin generasi akan datang tidak lagi menjadikan faktor itu sebagai komponen penting yang mengikat hubungan kita sebaliknya didasari hubungan menguntungkan secara bersama dan saling menghormati.

Berita selanjutnya boleh di baca di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/770453/perbincangan-terbuka-malaysia-dan-indonesia-penting-demi-generasi-masa-depan#.YXd7Vbl5dk0.whatsapp

Tarikh Input: 28/10/2021 | Kemaskini: 28/10/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEUTA0~