FB LIVE : ISU KESIHATAN SEMASA RAMADHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » FB LIVE : ISU KESIHATAN SEMASA RAMADHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN

FB LIVE : ISU KESIHATAN SEMASA RAMADHAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN

UPM SERDANG, 7 April 2023 – Siri FB Live Institut Pengajian Sains Sosial, UPM kali ini diteruskan dengan topik ‘Isu Kesihatan semasa bulan Ramadhan dan Penjagaan Kesihatan’, dengan menampilkan dua orang panel iaitu Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, Penyelidik Bersekutu IPSAS dan Dr. Mohd Fyzal Bahrudin, Pakar Perubatan dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM.

Sesi ini membincangkan beberapa isu kesihatan yang dihadapi oleh para pesakit yang datang mendapatkan rawatan di HSAAS, UPM sepanjang bulan Ramadhan,  terutama pesakit diabetes. Antaranya masalah yang dihadapi termasuklah hypoglycemia, hyperglycemia dehydration, thrombosis, strok dan  serangan jantung.

Ahli panel juga menerangkan tentang waktu yang sesuai untuk melaksanakan pemeriksaan kadar gula dalam darah. Selain itu, apa yang lebih utama yang dikongsikan oleh ahli panel ialah tips untuk mengawal apa yang dimakan pada bulan puasa, iaitu 1) kawal jumlah karbohidrat dan jadikan ia seimbang,

2) berbuka puasa dengan kurma dan dahulukan makan sayur – sayuran dan akhiri dengan karbohidrat,

3) pengambilan air yang mencukupi, 4) kurangkan makanan masin, 5) kurangkan makanan yang mempunyai kafein terutama ketika bersahur, dan 6) kurangkan makanan manis, yang boleh dijadikan panduan oleh semua peserta. 

 

 

 

Tarikh Input: 11/04/2023 | Kemaskini: 26/04/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETIAq~