FB LIVE NARATIF NILAI KESEPADUAN BELIA MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID 19 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » FB LIVE NARATIF NILAI KESEPADUAN BELIA MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID 19

FB LIVE NARATIF NILAI KESEPADUAN BELIA MALAYSIA SEMASA PANDEMIK COVID 19

Oleh Nor Aini Mohamed

SERDANG, 22 Ogos – Sesi wacana bulanan Institut Pengajian Sains Sosial akan dilaksanakan melalui FB Live, sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani pandemik COVID 19. Selaras dengan isu semasa, topik yang dibincangkan pada kali ini ialah Naratif Nilai Kesepaduan Belia Malaysia Semasa Pandemik Covid 19 oleh Prof. Madya Dr. Hanina Halimatussadiah Hamsan, Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, IPSAS. Rakaman Video FB Live ini telah ditonton oleh 1,095 penonton.

Menurut Dr. Hanina, menjelang 2030 diandaikan bahawa golongan belia bakal mendominasi corak kepimpinan dan halatuju negara. Oleh itu amatlah penting untuk kita mengetahui nilai kesepaduan belia Malaysia pada masa kini, yang sedang berdepan dengan ketidaktentuan dan sangat mencabar. Sebelum pandemic COVID 19 melanda dunia, kita sedang berhadapan dengan persekitaran baharu yang bersifat VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity).

Dalam sesi ini, Dr. Hanina juga berkongsi hasil kajian secara dalam talian yang telah dilaksanakan oleh beliau semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu. Antara hasil kajian yang ditekankan ialah nilai kepercayaan dan keyakinan belia terhadap usaha kerajaan dalam menangani pandemic COVID 19 yang menunjukkan nilai indeks  yang tinggi.

 

Tarikh Input: 03/09/2020 | Kemaskini: 10/09/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbMAG~