FB LIVE PATRIOTISME BELIA MENDUKUNG JANJI DIRI | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » FB LIVE PATRIOTISME BELIA MENDUKUNG JANJI DIRI

FB LIVE PATRIOTISME BELIA MENDUKUNG JANJI DIRI

Oleh Nor Aini Mohamed

SERDANG, 26 Ogos – IPSAS telah melaksanakan sesi wacana bulanan melalui FB Live. Topik yang dibincangkan ialah Patriotisme Belia Mendukung Janji Diri oleh Dr. Mursyid Arshad, Penyelidik Bersekutu IPSAS. Sesi FB Live ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman sebagai moderator.

Patriotisme ialah rasa kecintaan kepada negara. Rasa cinta kepada negara dapat diwujudkan dengan mempunyai pengetahuan tentang 3 aspek penting iaitu 1) Rukun Negara sebagai asas pembentukan negara, 2) Apakah sumbangan kita kepada negara, dan 3) Aspek kerohanian yang membawa kepada kepercayaan dan mutual respect, kasih sayang yang seterusnya membawa kepada kebahagiaan dalam hidup.  Rasa cinta kepada negara perlu disemai dari peringkat awal iaitu pra –sekolah seterusnya ke peringkat universiti. Antara isu lain yang dibincangkan ialah bagaimana reaksi belia di negara kita terhadap isu Al Jazeera dan Rayhan, rakyat Bangladesh yang telah diusir keluar dari negara kita.  

Sesi FB Live IPSAS adalah salah satu aktviti untuk mempromosikan IPSAS sebagai sebuah institusi penyelidikan memfokuskan kepada belia dan komuniti. Topik FB Live adalah topik yang berkaitan dengan isu semasa, khususnya tentang belia di Malaysia. Penonton boleh berinteraksi dengan ahli panel dengan membuat komen di ruangan yang disediakan. Hebahan FB Live akan dimuatnaik di media sosial IPSAS, Facebook, Instagram dan Twitter.

 

 


 

 

Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 03/09/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZTA2~