IPSAS, UPM DAN AADK NEGERI SEMBILAN BEKERJASAMA ATASI MASALAH DADAH | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » IPSAS, UPM DAN AADK NEGERI SEMBILAN BEKERJASAMA ATASI MASALAH DADAH

IPSAS, UPM DAN AADK NEGERI SEMBILAN BEKERJASAMA ATASI MASALAH DADAH

 

23 Oktober 2018 -  Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia telah bekerjasama dengan AADK Negeri Sembilan dalam perlaksanaan Program Pemerkasaan Klien Menerusi Self Leadership Coaching. Program ini merupakan inisiatif Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan, Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, IPSAS yang juga merupakan Jurulatih Bertauliah NLP. Puan Nazira Sadiron, Pengarah AADK Negeri Sembilan memaklumkan sebagai projek perintis melalui kerjasama yang dijalankan ini, seramai 29 individu Orang Kena pengawasan (OKP) akan diperkenalkan dengan kaedah terbaharu bagi mengelak ketagihan semula. Program ini dikendalikan oleh tiga orang Professional NLP Trainer dan Professional Coach di bawah naungan Akademi NLP Malaysia.

Majlis perasmian program telah berlangsung pada 23 Oktober 2018 bertempat di Klana Resort, Seremban dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib dan Pengarah IPSAS UPM, Prof Madya Dr Asnarulkhadi Abu Samah.

 

Disediakan oleh, 

Nor Aini Mohamed
Webmaster

Tarikh Input: 24/10/2018 | Kemaskini: 24/10/2018 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEaSAi~