Kunjung Hormat Ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Kunjung hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Kunjung hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

13 Mei 2022 - IPSAS telah mengadakan kunjung hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil. Delegasi IPSAS pula telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori IPSAS dan turut disertai oleh Prof. Dr. Abdul Lateef Krauss Abdullah, Ts. Dr. Mohd Zairul Mohd Noor, Pn. Nurul Akhtar Kamarudin dan En. Zaifunizam Ariffin.
 
Hasil daripada pertemuan ini, IKIM amat berbesar hati untuk menerima kerjasama bersama pihak IPSAS. Antara kerjasama yang dipersetujui adalah slot khas IPSAS di radio IKIM bagi 13 episod bg membincangkan isu-isu sosial semasa, slot di Warna Pagi radio IKIM bagi mengetengahkan kepakaran di IPSAS dan penerbitan buku kerjasama antara IPSAS dan IKIM. Selain itu, IPSAS dan IKIM juga akan menandatangani LOI dan MOU.
 
Semoga kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan berkekalan dan dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat.
 

Tarikh Input: 25/05/2022 | Kemaskini: 26/05/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEYSAK~