Kunjung Hormat Ke Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Kunjung Hormat ke Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

Kunjung Hormat ke Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

Pada 9 Februari 2022, satu kunjung hormat ke Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah diadakan. Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dan Pn. Nurul Akhtar Kamarudin, Pegawai Penyelidik Sosial IPSAS telah mewakili IPSAS, manakala Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Cik Nur Nasuha Muhamad Noor Azam mewakili Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS, UPM).

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom turut hadir dan mengalu-alukan ketibaan seterusnya mempengerusikan sesi perbincangan. Turut bersama, Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Penasihat Pentadbiran YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta Ketua-Ketua Jabatan YBK.

Pelbagai ruang kerjasama telah dikenal pasti dan diantaranya adalah dalam penyelidikan, penerbitan dan juga aktiviti komuniti. Secara dasar pihak YBK, IPSAS dan KOSASS telah bersetuju untuk memperkukuh dan meneroka potensi kerjasama ini dalam inisiatif membasmi kemiskinan dan membina kesejahteraan.

Tarikh Input: 17/02/2022 | Kemaskini: 17/02/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEYJAX~