KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2023 - Delegasi daripada IPSAS yang di ketuai oleh Pengarah IPSAS Prof. Dr. Haslinda Abdullah , Puan Nurul Akhtar Kamarudin dan En. Zaifunizam Ariffin telah ke Yayasan LTAT yang terletak di Menara Chulan, Kuala Lumpur.Sesi perbincangan telah dimulakan oleh Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, Ketua Eksekutif LTAT. Wakil LTAT turut disertai oleh Kapten Muazam, Puan Mariana dan En Adam.
Pejabat Yayasan LTAT di Menara Chulan ini adalah pejabat yang baru sahaja didiami lebih kurang dua minggu, dan IPSAS merupakan tetamu pertama dari Institut di Universiti Awam. Topik perbincangan merangkumi aspek program dan penyelidikan yang diperlukan oleh pihak Yayasan. Cadangan penyelidikan yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Indeks Kesejahteraan, manakala cadangan program pula adalah berkaitanan dengan pembangunan karekter dan potensi anak anak ATM.
Di dalam perbincangan ini, Yayasan LTAT dan IPSAS sedia berkolaborasi dalam beberapa program dan kajian untuk memperkasakan dua fokus utama Yayasan iaitu Kebajikan dan Pendidikan anak anak warga dan veteran ATM.
Tarikh Input: 16/08/2023 | Kemaskini: 16/08/2023 | nm_aini