Kunjungan Hormat IPSAS Ke Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Kunjungan hormat IPSAS ke Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA)

Kunjungan hormat IPSAS ke Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA)

23 Ogos 2022 - IPSAS yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, turut serta juga Dr. Nor Eliani Ezani, Dr. Sharifah Intan Sharina Syed Abdullah, Puan Nurul Akhtar Kamarudin dan En. Zaifunizam Ariffin telah mengadakan kunjung hormat ke Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Jacinta Priyadarshini a/p David Dorairaj (TSUB Seksyen Dasar Alam Sekitar), turut dihadiri oleh En. Eddy Mazuaansyah bin Mohd Ali Murad (TSUB Pengurusan Sumber Alam), Puan Hizahwati binti Badri (PSU) dan Puan Nawwar Hanun binti Abdul Malek (Pegawai Eksekutif). Perbincangan dua hala berkaitan keperluan KASA dalam kajian dan juga program telah dibincangkan dengan terperinci. Beberapa cadangan kajian telah dibentangkan dan telah menarik perhatian KASA dan akan diteruskan untuk perbincangan selanjutnya.

Semoga kerjasama antara IPSAS dan KASA akan membantu negara dalam mencorakkan pengurusan alam sekitar yang lebih mapan dan penglibatan belia yang lebih meluas.

 

Tarikh Input: 25/08/2022 | Kemaskini: 25/08/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZXAZ~