Hasil perbincangan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menganjurkan seminar antara 2 negara Islam pada 2024 nanti. Ia akan melibatkan 2 buah universiti di Mekah dan Madinah. Lanjutan dari hasil kerjasama ini, IPSAS akan turut terlibat dalam penyelidikan dan penerbitan bersama universiti di Arab Saudi. Delegasi IPSAS turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Kamariah Kamaruddin, Dr. Nik Farhan Mustapha dan Puan Nurul Akhtar Kamarudin.
Tarikh Input: 08/09/2023 | Kemaskini: 08/09/2023 | zulshafiq