3 April 2024 - IPSAS telah mengadakan kunjung hormat ke NIOSH di Bangi, Selangor. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Maj. Hj. Hanif Maidin, Executive Secretary dan IPSAS pula telah dihadiri oleh Pengarah, Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Timbalan Pengarah, Dr. Jeffrey Lawrence, Ketua Laboratori, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Dr. Syafila Kamarudin dan Penolong Pendaftar Kanan, Pn. Nurul Akhtar Kamarudin.
Perbincangan telah menjurus kepada topik-topik penyelidikan yang dicadangkan kepada pihak NIOSH. Pihak NIOSH amat berpuas hati dan tertarik dengan beberapa cadangan kajian yang diberikan.
Semoga kerjasama IPSAS-NIOSH dan kajian ini dapat memberikan impak kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia khususnya.
Tarikh Input: 25/07/2024 | Kemaskini: 25/07/2024 | nm_aini
