DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 23-24 Julai 2024 - Institut Pengajian Sains Sosial telah menganjurkan KURSUS PENGURUSAN PENYELIDIKAN untuk pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus ini dan ia telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Dr. Syafila Kamarudin, Dr. Jeffrey Lawrence dan Puan Nurani Kamaruddin serta dibantu oleh Puan Nurshazwani Ghazali.
Matlamat utama bengkel ini ialah untuk membangunkan kapasiti pegawai untuk memahami asas penyelidikan dan penerokaaan sorotan literatur, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai dalam proses memahami metodologi penyelidikan serta pengurusan penyelidikan.






Tarikh Input: 05/08/2024 | Kemaskini: 05/08/2024 | nm_aini
