22 Julai 2025 - Pasukan Emergency Response Team (ERT) IPSAS telah melaksanakan latihan pengungsian bangunan sebagai langkah menguji fungsi sistem bangunan serta tahap kesiapsiagaan penghuni menghadapi kecemasan seperti kebakaran. Latihan ini dipantau oleh Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), UPM dan berjaya dilaksanakan dengan tempoh pengungsian kurang daripada lima minit. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPSAS dalam memastikan pasukan ERT sentiasa bersedia dan terlatih untuk bertindak pantas serta memberi bantuan kecemasan apabila diperlukan. Latihan ini turut disertai oleh Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Haslinda Abdullah, yang menunjukkan komitmen tinggi pihak pengurusan terhadap keselamatan tempat kerja. Pihak ERT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf IPSAS atas penyertaan dan komitmen padu dalam menjayakan sesi latihan ini.




Tarikh Input: 29/07/2025 | Kemaskini: 29/07/2025 | nm_aini
