LAWATAN DELEGASI UNIVERSITAS TEUKU UMAR | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN DELEGASI UNIVERSITAS TEUKU UMAR

LAWATAN DELEGASI UNIVERSITAS TEUKU UMAR

Disediakan oleh Nor Aini Mohamed

SERDANG , 11 Oktober - Bertempat di Bilik Mesyuarat IPSAS, telah berlangsung pertemuan antara delegasi dari Universitas Teuku Umar  (UTU) dan Ahli Pengurusan IPSAS. Delegasi UTU diketuai oleh Prof Jasman Ma'ruf, Rektor UTU, Dr. Mursyidin, Timbalan Rektor, HEPA UTU dan Dr. Afrizal Tjoetra, Timbalan Dekan Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, UTU.  Tujuan lawatan ialah untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang peranan UTU sebagai rakan kerjasama dalam perlaksanaan Seminar Serantau Isu - Isu Komuniti 2019 anjuran IPSAS akan diadakan pada 26 hingga  27 November 2019 di Auditorium 1, Bangunan Pejabat TNCPI, Universiti Putra Malaysia .

 

Untuk seminar tersebut, UTU telah menghantar 26 kertas kerja  untuk dibentang dalam seminar tersebut. Seminar Serantau Isu Komuniti 2019 bakal menghimpunkan para sarjana sains sosial dalam pelbagai bidang. Maklumat lanjut tentang seminar boleh layari http://conference.upm.edu.my/SSIK2019.  Prof Jasman Ma'ruf juga merupakan salah seorang pengucaputama bagi seminar tersebut dengan tajuk pembentangan beliau ialah  ‘ Entreprenuership among University Students : Case Study in Aceh’. Di samping pembentangan kertas kerja, peserta seminar berpeluang mendapatkan buku-buku bidang sains sosial melalui jualan buku dari beberapa penerbit IPTA sekitar Lembah Kelang.  

 

Sehubungan dengan itu juga, UTU akan menandatangani Letter of Intent dengan UPM dalam perlaksanaan aktiviti penyelidikan dan penerbitan termasuk pertukaran staf, lawatan staf dan pelajar.

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDcTAT~