LAWATAN KE KOPERASI PENTERNAK BURUNG WALIT MALAYSIA BERHAD | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KE KOPERASI PENTERNAK BURUNG WALIT MALAYSIA BERHAD

LAWATAN KE KOPERASI PENTERNAK BURUNG WALIT MALAYSIA BERHAD

KULIM, 21 Mac 2023 – Delegasi penyelidik IPSAS seramai 4 orang yang diketuai oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah (Pengarah IPSAS) telah berkunjung hormat ke Ibu Pejabat Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia Berhad. Tujuan kunjung hormat ini diadakan lanjutan daripada jemputan Dato’ Louis Tan CS (Pengarah Eksekutif) koperasi berkenaan yang berminat untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai beberapa kajian berkaitan produk yang mereka hasilkan.

 

Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia Berhad merupakan salah sebuah sampel koperasi berskala besar yang terlibat dengan kajian Indeks Kesejahteraan Koperasi, kerjasama IPSAS dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pengumpulan data bersama mereka sebelum telah mencetuskan beberapa cadangan penyelidikan yang berpotensi untuk dijayakan bersama.

 

Kunjung hormat delegasi IPSAS disambut mesra oleh Pengerusi Koperasi, Datuk Ng Siew Lai dan Pengarah Eksekutif Dato’ Louis Tan CS. Pihak pengurusan koperasi begitu berkeyakinan tentang keupayaan pihak IPSAS untuk menerajui kerjasama penyelidikan yang dicadangkan.  

 

Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia Berhad merupakan koperasi yang ditubuhkan semenjak tahun 2012 dan merupakan antara koperasi berskala besar yang beroperasi di bawah SKM. Antara produk yang dihasilkan koperasi adalah kosmetik dan kecantikan berasaskan sarang burung walit. Terkini, mereka sedang giat untuk menghasilkan produk minuman berasaskan burung walit. 

 

 

 

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 22/03/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbFAs~