Delegasi IPSAS yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Belia dlm Kepimpinan, Politik & Kewarganegaraan turut disertai oleh Dr. Syafila Kamarudin, Ketua Laboratori Generasi Siber dan Pn. Nurul Akhtar Kamarudin, Pegawai Tadbir telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pengerusi MARA, Ybhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.
Kunjungan ini telah disambut baik oleh Ybhg. Dato’ dan memberi peluang kepada IPSAS untuk memperkenalkan IPSAS kepada beliau dan pihak MARA.
Pertemuan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara IPSAS dan MARA dalam bidang penyelidikan serta program pembangunan belia dan komuniti.
Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meneroka peluang kolaborasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya kepada institusi MARA dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang akademik dan keperibadian serta berwawasan.
Kunjungan ini turut menzahirkan harapan agar hubungan baik antara IPSAS dan MARA dapat terus diperkukuhkan demi agenda pembangunan negara.



Tarikh Input: 17/09/2025 |
Kemaskini: 17/09/2025 | nm_aini
PERKONGSIAN MEDIA