LAWATAN KERJA KE AADK NEGERI SEMBILAN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KERJA KE AADK NEGERI SEMBILAN

LAWATAN KERJA KE AADK NEGERI SEMBILAN

Disediakan oleh Nor Aini Mohamed

SEREMBAN, 28 November  – Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, Prof. Madya Dr. Hanina Halimatussadiah Hamsan bersama beberapa wakil dari IPSAS  telah melaksanakan lawatan ke Pejabat Pengarah AADK Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ialah untuk bertemu dengan Pengarah AADK Negeri Sembilan yang baru dilantik iaitu En. Suhaimi Abu Bakar di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara IPSAS, UPM dan AADK Negeri Sembilan dalam perlaksanaan program untuk membantu AADK menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.

Selain itu, perbincangan dilanjutkan dengan hala tuju dan cadangan penambahbaikan program Self Leadership Coaching (SLC).  IPSAS dan AADK Negeri Sembilan turut bercadangan untuk mengadakan majlis graduasi pada Februari 2020 kepada peserta yang berjaya menamatkan program SLC yang telah dilaksanakan sepanjang 2019.  

Rombongan dari IPSAS bergambar kenangan dengan Pengarah serta kakitangan AADK Negeri Sembilan

Tarikh Input: 14/01/2020 | Kemaskini: 20/04/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETNAF~