LAWATAN PROMOSI IPSAS KE NEGARA TEMBOK BESAR, CHINA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS) ipsas
» BERITA » LAWATAN PROMOSI IPSAS KE NEGARA TEMBOK BESAR, CHINA

LAWATAN PROMOSI IPSAS KE NEGARA TEMBOK BESAR, CHINA

 

Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Republik Rakyat China dari 8 hingga 14 Jun 2025. Lawatan ini disertai oleh tiga orang wakil IPSAS iaitu Prof. Dr. Haslinda Abdullah (Pengarah IPSAS), Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva (Timbalan Pengarah IPSAS), dan Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman (Ketua Laboratori Belia dalam Kepimpinan, Poltik dan Kewarganegaraan, IPSAS)

Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan IPSAS dan UPM kepada beberapa universiti terkemuka di China, selain memperkukuh jalinan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan sosial.

Destinasi pertama lawatan ini adalah kota bersejarah Xi’an, di mana delegasi IPSAS telah melawat tiga buah institusi pengajian tinggi iaitu Xi’an International UniversityXi’an Jiaotong University, dan Xianyang Normal University. Perjalanan diteruskan ke Kota Dalian dengan kunjungan ke Dalian University, sebelum berakhir di ibu negara Beijingmelalui lawatan ke dua universiti tersohor: Peking University dan Renmin University of China.

Sepanjang lawatan, pelbagai sesi libat urus telah diadakan bersama wakil akademik dan pengurusan universiti yang terlibat. Salah satu sorotan utama ialah sesi syarahan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah bertajuk "Youth Mental Health in Malaysia and China" yang menarik minat para pensyarah dan pelajar di sana.

Lawatan ini telah membuka peluang besar ke arah kerjasama strategik antara IPSAS-UPM dan institusi pengajian tinggi di China, sejajar dengan usaha pengantarabangsaan UPM dalam bidang sains sosial dan pembangunan belia.

 

 

 

Tarikh Input: 25/06/2025 | Kemaskini: 25/06/2025 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (09:08:00am-09:13:00am, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]