MAJLIS APRESIASI SELF-LEADERSHIP COACHING (SLC) MERAIKAN KLIEN OKP BEBAS DADAH | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » MAJLIS APRESIASI SELF-LEADERSHIP COACHING (SLC) MERAIKAN KLIEN OKP BEBAS DADAH

MAJLIS APRESIASI SELF-LEADERSHIP COACHING (SLC) MERAIKAN KLIEN OKP BEBAS DADAH

Oleh Hanina H. Hamsan

 SERDANG, 5 Februari – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Apresiasi Self Leadership Coaching (SLC) 2020 pada 5 Febuari 2020. Turut sama sebagai rakan strategi adalah Pusat Transformasi Komuniti (UCTC), UPM.Majlis ini adalah bagi meraikan peserta program SLC kumpulan rintis yang telah dilaksanakan terhadap 18 Orang Kena Pengawasan (OKP) dan 20 orang pegawai/staf AADK Negeri Sembilan selama 12 bulan iaitu bermula dari 22 Oktober 2018. Modul SLC khusus untuk klien kepulihan dadah dibangunkan oleh Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan menerusi hasil penelitian kajian beliau sejak tahun 2017. Pada tahun 2019, SLC telah diiktiraf sebagai alat baharu sokongan rawatan kepulihan dadah di peringkat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sembilan.

 

Menurut Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial, YBhg. Prof. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, usaha pencegahan dan perawatan dadah bukan hanya terletak kepada AADK semata-mata. Universiti sebagai Gedung ilmu beriltizam menghasilkan banyak lagi inovasi social seumpama ini bagi membantu negara menangani permasalahan berkaitan penagihan dadah kalangan belia khususnya seterusnya menjadi pemangkin untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). Majlis turut dihadiri rakan-rakan OKP yang bertujuan menjadi pembakar semangat untuk kekal pulih. Justeru, bagi menguatkan pencegahan dan rawatan kepada kumpulan sasaran, ilmu untuk melaksana perancangan dan strategi secara bersistematik adalah sangat penting. Program selama satu hari  telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mansor Abu Talib, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti (UCTC) UPM.

Tarikh Input: 17/02/2020 | Kemaskini: 21/04/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEYGAT~