PELANTIKAN PROF. DR. ISMI ARIF ISMAIL SEBAGAI PENGARAH IPSAS YANG BAHARU | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PELANTIKAN PROF. DR. ISMI ARIF ISMAIL SEBAGAI PENGARAH IPSAS YANG BAHARU

PELANTIKAN PROF. DR. ISMI ARIF ISMAIL SEBAGAI PENGARAH IPSAS YANG BAHARU

Oleh Nor Aini Mohamed

 

 

 

SERDANG, 26 Ogos – Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Ismi Arif Ismail di atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial yang baharu, berkuatkuasa 15 Ogos 2020.

Dr. Ismi Arif berkelulusan PhD dari Warwick University, United Kingdom dalam bidang Continuing Education dan pernah mengikuti latihan di Harvard Business School, Harvard University (Asean Senior Leadership and Management). Sepanjang karier beliau sebagai tenaga akademik, 46 artikel telah diterbitkan dalam jurnal berindeks dan terlibat dalam 37 projek penyelidikan. Beliau juga terlibat dengan projek konsultansi bersama agensi tempatan dan antarabangsa termasuk  Khazanah Research, Erasmus, Enrst & Young, Mc Kinsey dan Hay Group. Pengalaman luas yang dimiliki beliau mampu melonjakkan IPSAS sebagai institusi penyelidikan dalam bidang belia dan komuniti, di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tarikh Input: 27/08/2020 | Kemaskini: 27/08/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDdPAT~