Perbincangan Kerjasama IPSAS Berama UNDIP | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Perbincangan kerjasama IPSAS berama UNDIP

Perbincangan kerjasama IPSAS berama UNDIP

29 Julai 2021 menggunakan Aplikasi Zoom dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang telah diadakan sesi perbincangan berkaitan kerjasama dua hala pelbagai bidang terkait antara Universitas Diponegoro (UNDIP) dan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.

Perbincangan memfokuskan kepada :

  1. Penyelidikan
  2. Mobiliti pensyarah dan pelajar
  3. Penganjuran bersama Seminar Serantau
  4. Kolaborasi dari segi penulisan penerbitan buku dan penulisan artikel Jurnal
  5. Merintis LOI/MOU

Penerangan tentang IPSAS kepada UNDIP telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti dan juga dari Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Ketua Laboratori Generasi Siber. Sementara perkongsian profail dari Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP) telah diterangkan oleh Ibu Ika Riswanti Putranti.

Perbincangan aktiviti selanjutnya adalah mengenai :

  1. Mengadakan Seminar / Konferen Antarabangsa.
  2. Kerjasama Publication dari segi penerbtan buku / artikel
  3. Kerjasama penyelidikan
  4. Pertukaran pensyarah dan pelajar

Aktiviti Seminar Antarabangsa yang di’host’kan oleh IPSAS dengan melibatkan 4 universiti yang dirancang pada 27-28 Oktober 2021

  1. IPSAS, UPM
  2. UNDIP
  3. UTU
  4. Universiti Halo Oleo, Sulawesi

Selain itu, IPSAS mengalu-alukan pensyarah dari UNDIP untuk mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan penyelidikan kualitatif, kuantatif, mix method dan sebagainya. Penerangan berkaitan disampaikan oleh Penyelidik IPSAS,  Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva.

Secara keseluruhan perbincangan berjalan dengan lancar dan semoga jalinan dan program-program yang dirancang juga dapat direalisasikan.

Tarikh Input: 12/08/2021 | Kemaskini: 12/08/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEVAAM~