Perbincangan Latihan IPSAS Bersama Institut Sosial Malaysia (ISM) | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Perbincangan Latihan IPSAS Bersama Institut Sosial Malaysia (ISM)

Perbincangan Latihan IPSAS Bersama Institut Sosial Malaysia (ISM)

Pada 25 Januari 2022 telah diadakan satu perbincangan di antara Unit Latihan, IPSAS Bersama Institut Sosial Malaysia (ISM) bertempat di Bilik Mesyuarat, IPSAS. ISM dihadiri oleh 3 orang Pegawai dari Kluster Penyelidikan dan Pembangunan. Perbincangan ini memfokuskan kepada kerjasama IPSAS dengan ISM untuk menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan penulisan kualitatif dan kuantitatif kajian. Bengkel ini dijangkakan akan diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2022. Kedua-dua pihak mengharapkan di akhir latihan ini akan memberi impak besar kepada organisasi seperti pegawai ISM dapat membuat penilaian laporan kajian dan bukan setakat mahir menulis hasil kajian sahaja.

Selain itu juga, turut dibincangkan adalah berkenaan kerjasama yang boleh dibuat pada masa hadapan. Rentetan daripada perbincangan ini diharapkan agar IPSAS dan ISM akan dapat terus berkolaborasi yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Tarikh Input: 04/02/2022 | Kemaskini: 04/02/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDcWAI~