26 April - Bertempat di Bilik Mesyuarat IPSAS, telah berlangsung pertemuan antara Sushil Ram (Commonwealth Youth Programme) bersama Pengarah IPSAS-Institute for Social Science Studies, UPM Profesor Dr. Haslinda Abdullah membincangkan pemerkasaan Diploma Kerja Belia Komanwel di Fakulti Pendidikan UPM di bawah seliaan Dr. Siti Nur Syuhada Musa. Turut hadir ialah Dr. Jufitri Joha, Profesor Adjung IPSAS yang merupakan pakar pembangunan belia yang aktif menjalankan kajian dan program berkaitan pembangunan belia di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tarikh Input: 25/07/2024 | Kemaskini: 25/07/2024 | nm_aini
