PROGRAM JEJAK ILMU TANI KE D'IMPIAN AGRO FARM, MUAR, JOHOR | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM JEJAK ILMU TANI KE D'IMPIAN AGRO FARM, MUAR, JOHOR

PROGRAM JEJAK ILMU TANI KE D'IMPIAN AGRO FARM, MUAR, JOHOR

 Institut Pengajian Sains Sosial, UPM dengan kerjasama Adab Youth Garage (AYG) telah mengadakan program Jejak Ilmu Pertanian ke Arah Keterjaminan Makanan di D'Impian Agro Farm, Muar, Johor. Seramai 20 staf IPSAS dan 20 ahli AYG telah menyertai program ini. Objektif penganjuran program ialah, 1) Meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta tentang kepentingan sektor pertanian dalam kelestarian keselamatan makanan, 2) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan peserta dengan menggalakkan interaksi positif dengan alam sekitar dan mengurangkan tekanan di tempat kerja, dan 3) Mewujudkan jaringan kerjasama antara IPSAS, UPM dan rakan industri.

Terima kasih Coach Bahar, pengasas D'Impian Agro Farm yang sudi menerima kunjungan kami.

 

Tarikh Input: 17/09/2025 | Kemaskini: 17/09/2025 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
W, (06:26:34pm-06:31:34pm, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]