PROGRAM KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI KG. CHANGKAT, GOMBAK, SELANGOR | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI KG. CHANGKAT, GOMBAK, SELANGOR

PROGRAM KESEDARAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI KG. CHANGKAT, GOMBAK, SELANGOR

Disediakan oleh : Nor Aini Mohamed

GOMBAK, 9 Mac – Institut Pengajian Sains Sosial, dengan kerjasama Taman Pertanian Universiti, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, serta  Majlis Perbandaran Selayang telah melaksanakan program kesedaran penjagaan alam sekitar bersama komuniti Kg. Changkat, Gombak, Selangor. Program ini adalah inisiatif Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, selaku Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia, IPSAS, UPM.  Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan amalan kitar semula bahan terpakai termasuk minyak masak.   Program yang dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Kg. Changkat telah menarik penyertaan 30 orang penduduk setempat. Aktiviti yang dilaksanakan ialah ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar, ceramah kesedaran kitar semula minyak masak terpakai dan demonstrasi pembuatan baja kompos.

 

Dr. Haliza Abdul Rahman menyampaikan ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar kepada peserta program. 

 

Peserta dan urusetia bergambar kenangan selepas program. 

 

 

Tarikh Input: 12/03/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXERBAY~