Program Penanaman 2,000 Pokok Bakau Di Pulau Ketam | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Program Penanaman 2,000 Pokok Bakau di Pulau Ketam

Program Penanaman 2,000 Pokok Bakau di Pulau Ketam

25 Januari 2025 - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan tajaan oleh Yayasan Axiata, telah menganjurkan Program Penanaman 2,000 Pokok Bakau di Bagan Teochew, Pulau Ketam. Program ini melibatkan 90 peserta dari kalangan belia komuniti tempatan dengan kerjasama strategik oleh agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Klinik Kesihatan Pulau Ketam dan KDEB Waste and Management.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. B. T. Hang Tuah bin Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Ir. Dr. Zamberi bin Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Encik Mohamad Kamal Nawawi, CEO Yayasan Axiata, Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS, serta tetamu kehormat yang lain.
Dengan tema "Ekosistem Bakau: Warisan Masa Hadapan," program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia setempat mengenai kepentingan memulihara ekosistem bakau yang berperanan sebagai benteng semula jadi untuk melindungi pantai daripada hakisan disebabkan hempasan ombak, termasuk ombak besar. Pada Fasa 1, sebanyak 1,000 anak pokok bakau telah ditanam sebagai titik permulaan dengan fokus kepada usaha pendidikan dan pemerkasaan belia melalui bengkel kesedaran. Usaha penanaman ini akan diteruskan sehingga Fasa 4, dengan tambahan 1,000 pokok lagi.
IPSAS UPM turut menjalinkan kerjasama erat dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Ketam yang diwakili oleh Encik Richard, Setiausaha kampung untuk memastikan sokongan berterusan kepada belia setempat, mempersiapkan mereka sebagai agen perubahan iklim yang aktif dalam melindungi komuniti dan alam sekitar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 29/04/2025 | Kemaskini: 29/04/2025 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (08:24:21pm-08:29:21pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]