PROGRAM RESCOMM 3.0 KANVAS KECEMERLANGAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM RESCOMM 3.0 KANVAS KECEMERLANGAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF

PROGRAM RESCOMM 3.0 KANVAS KECEMERLANGAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF

Program Resiliensi Komuniti ( RESCOMM) 3.0 bersama anak – anak yatim dan asnaf  Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Masjid Kuarters KLIA telah diadakan pada  20 – 21 April yang lalu bertempat di Masjid Dato’ Penghulu Menteri,  Sg. Ujong, Negeri Sembilan. Program ini melibatkan 28 orang peserta berumur antara 10 hingga 17 tahun. Objektif program ini ialah untuk membolehkan peserta meneroka potensi diri menerusi pendekatan Neuro Lingustic Programming (NLP), yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hanina Halimatussadiah Hamsan, Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, IPSAS, UPM dan dibantu oleh enam orang fasilitator dalam kalangan staf IPSAS, UPM.   Bagi siri ke 3 ini, anak-anak yang telah menghadiri siri 1 dan 2 akan diberi latihan akhir dan seterusnya akan memindahkan ilmu yang dipelajari kepada adik beradik yang lain dalam bentuk Kanvas Kecemerlangan.

 

Buku Kerja RESCOM 3.0 yang digunakan sebagai modul dalam program ini. 

 

        

Peserta program melaksanakan aktiviti sampingan seperti permainan kumpulan untuk menambahkan keseronokan dan mengekalkan fokus. 

 

Peserta bergambar kenangan bersama penceramah dan fasilitator di akhir program. 

 

Disediakan oleh

Nor Aini Mohamed
AJK RESCOMM 3.0
Webmaster

 

Tarikh Input: 26/04/2019 | Kemaskini: 29/04/2019 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEXSAC~