Program TEAM BUILDING IPSAS 2021 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Program TEAM BUILDING IPSAS 2021

Program TEAM BUILDING IPSAS 2021

23 Julai 2021 (Jumaat) - Tercatat satu lagi sejarah bagi IPSAS kerana julung-julung kali nya IPSAS telah berjaya menganjurkan program TEAM BULIDING secara maya dengan pendekatan yang berbeza anjuran Kelab Kebajikan IPSAS. Pengisian dan aktivti yang interaktif dan berinformatif membuatkan ia menambahkan semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja IPSAS keseluruhannya dengan norma baharu. Kemunculan 2 orang wanita hebat di dalam program ini dengan menyampaikan topik perbincangan yang menarik iaitu Self Coaching: Crash State vs Coach State oleh Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan dan Tekanan pada Masa Kini dan Jalan Keluar oleh Ustazah Dr. Nik Farhan Nik Nik Mustapha membuatkan program ini lebih sarat dengan perkongsian ilmu. Pembentangan dari setiap kumpulan dengan tajuk Meningkatkan Kesejahteraan Warga IPSAS di Tempat Kerja dan di Rumah: Isu dan Cadangan merupakan usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak IPSAS bagi membantu warganya berada dalam kondisi yang baik tidak kira di mana mereka berada. Kemuncak program menyaksikan pengumuman para pemenang bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan serta Anugerah Khas Pengarah yang telah dimenangi oleh Pn. Nooryati Sajat dan En. Hairi Ahmad. Tahniah kepada semua pemenang. Secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar dan diharapkan akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan keterlibatan ahli keluarga IPSAS yang lebih besar.

Tarikh Input: 28/07/2021 | Kemaskini: 29/07/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbBAx~