SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN IPSAS 2017 HIMPUN PENYELIDIK BIDANG SAINS SOSIAL | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN IPSAS 2017 HIMPUN PENYELIDIK BIDANG SAINS SOSIAL

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN IPSAS 2017 HIMPUN PENYELIDIK BIDANG SAINS SOSIAL

Pada 24 Ogos 2017, bertempat di Mini Auditorium 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah berlangsung Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2017. Objektif utama seminar ini ialah untuk menyediakan ruang kepada para penyelidik IPSAS membentangkan hasil dapatan kajian di samping memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi  kerajaan yang berkaitan. Melalui seminar ini juga, pelbagai idea penyelidikan baharu dapat diteroka dengan penglibatan pelbagai agensi pembangunan belia dan komuniti.   

Seminar sehari itu telah dihadiri oleh 88 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik bersekutu IPSAS, wakil dari Kementerian Belia dan Sukan, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Pusat Belia Antarabangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Inovasi Malaysia, Institut Sosial Malaysia serta pelajar siswazah. Selepas majlis perasmian oleh Pengarah IPSAS, Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, sesi pembentangan dimulakan dengan ucaptama oleh Prof. Dr. Bahaman Abu Samah dengan topik ‘ Application of Statistical Analysis in Social Science Research’.  Sebanyak 12 kertas kerja  hasil dapatan kajian  telah dibentangkan oleh para penyelidik dan mendapat maklumbalas yang baik dari semua peserta seminar dalam sesi soal jawab. Antara topik kertas kerja yang dibentangkan ialah pertanian bandaran, perubahan cuaca ke atas nelayan skala kecil dan komuniti pulau, buli siber dalam kalangan belia, kepimpinan dalam belia, persepsi masyarakat terhadap ruang bangsa,  impak keusahawanan sosial serta kesejahteraan belia.

Secara keseluruhannya, seminar tahunan ini mendapat maklumbalas yang amat baik dari para peserta dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih ramai agensi kerajaan, swasta mahupun ahli komuniti dilibatkan sebagai peserta mahupun pembentang.

 

Ucaptama oleh Prof. Dr. Bahaman Abu Samah. 

 

Peserta memberi maklumbalas terhadap hasil dapatan kajian yang dibentangkan. 

 

Pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Ismi Arif Ismail. 

 

Disediakan oleh,
Nor Aini Mohamed
Webmaster

Tarikh Input: 05/09/2017 | Kemaskini: 07/05/2018 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXESQAS~