Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2022 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2022

Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2022

27 Oktober 2022 - IPSAS telah menganjurkan Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2022 bertempat di Mini Auditorium, Pejabat TNCPI UPM. YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM telah hadir bagi merasmikan seminar ini, manakala YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM juga selaku mantan Pengarah IPSAS telah dijemput bagi menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Peranan Penyelidikan Sains Sosial dalam mendepani Isu-Isu Masyarakat".

Seminar ini telah dihadiri oleh hampir 60 orang peserta dan 12 pembentang kertas kerja yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, universiti dan para pelajar.

Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk berkongsi hasil dapatan kajian yang telah dijalankan di IPSAS serta peluang untuk berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Seminar ini diadakan setiap 2 tahun sekali. IPSAS kini sedang dalam persediaan bagi mengadakan 4th International Conference on Youth 2023 (ICYOUTH2023) pada tahun hadapan. Jumpa anda di ICYOUTH nanti!!!

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDcWAZ~