SEMINAR PEMIKIRAN ZAKARIA ALI : PROJEKSI KRITIK SOSIAL | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SEMINAR PEMIKIRAN ZAKARIA ALI : PROJEKSI KRITIK SOSIAL

SEMINAR PEMIKIRAN ZAKARIA ALI : PROJEKSI KRITIK SOSIAL

UPM SERDANG, 18 Disember - Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial, UPM dengan sokongan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) telah menganjurkan Seminar Pemikiran Zakaria Ali : Projeksi Kritik Sosial pada 18 Disember 2024, di Auditorium Rashdan Baba, UPM.

Dr. Zakaria Ali merupakan seorang penulis tersohor berasal dari Kampung Batu, Rembau, Negeri Sembilan. Belia merupakan seniman kebanggaan Negeri Sembilan yang berkarya dalam dua medium seni, iaitu kesusasteraan dan seni visual. Pada usia 78 tahun kini, beliau terus aktif menulis dan melukis di “sarang”nya yang damai di sisi bandar Mualim, Perak.

Penganjuran seminar ini bermatlamat untuk  mengakrabkan tokoh sastera dan seni tanah air dengan khalayak  terutamanya generasi muda, sebagai isyarat memupuk minda yang peka, kritis lagi ekpresif. Objektif  seminar ini ialah  mengumpulkan para pengkaji dalam bidang yang bervariasi untuk meneliti pemikiran dalam tulisan Zakaria Ali dan seterusnya menghasilkan makalah bagi tujuan diterbitkan, serta merangsang khalayak untuk menghayati dan menghargai karya sastera yang kaya dengan kritik sosial. Di samping itu, melalui seminar ini juga tokoh seni dapat diperkenalkan dengan lebih dekat menerusi koleksi lukisan Dr. Zakaria Ali  yang  dipamerkan di ruang masuk dewan seminar.

Pengucaputama bagi seminar ini ialah Sasterawan Negara Datuk Dr Siti Zainon Ismail, dengan tajuk “Manifestasi Seni Visual dalam Garis Kata”. Ahli panel sesi pembentangan ialah Zaen Kasturi, Dr. Zul Haimi Md Zin,  Tuan Che Abdullah Che Ya, Puan Nisah Haron, dan Puan Nor Azah Aziz.  Majlis perasmian penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Johan Jaafar (National Journalism Laureate). Turut hadir ialah Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM.  Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA, staf UPM, NGO dan orang awam.

Tarikh Input: 30/12/2024 | Kemaskini: 30/12/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
W, (02:56:46pm-03:01:46pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]