21 MEI 2025 bertempat di Dewan Seminar Al Farabi Fakulti Ekologi Manusia (FEM) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijalankan satu program Wacana Ilmu dengan tajuk Conducting SIA in Malaysia : Sharing Experiences. Program ini adalah anjuran bersama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA) dan Pertubuhan Penyelidikan Sosial dan Komuniti (PPSK).
Penceramah program Wacana Ilmu ini disampaikan oleh Dr Shahwahid Othman FASc , ahli exco MSIA yang sangat berpengalaman dan beliau adalah sangat layak untuk menyampaikan tajuk ini.
Berkesempatan dengan program ini, telah diadakan majlis pertukaran dokumen persefahaman (MOU) diantara pihak IPSAS yang diwakili oleh Pengarah IPSAS sendiri, Yang Berbahagia Prof. Dr. Haslinda Abdullah dan pihak MSIA yang diwakili oleh Yang Berusaha Dr. Shahwahid FASc. Majlis pertukaran MOU ini disaksikan oleh Yang Berbahagia Puan Sri Dr. Jahara Yahaya, Ahli Exco MSIA.
Program Wacana Ilmu ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta dan daripada pelbagai fakulti seperti Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) dan Fakulti Sains (FS) dan ia telah berlangsung selama 90 minit. Harapan pihak penganjur moga para peserta dan pelajar mendapat manfaat dan ilmu yang baru.



Tarikh Input: 25/06/2025 |
Kemaskini: 25/06/2025 | nm_aini
PERKONGSIAN MEDIA