KEKANGAN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL DI MALAYSIA | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» ARTIKEL » KEKANGAN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

KEKANGAN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

Artikel ini meneliti kekangan menceburi bidang keusahawanan berdasarkan persepsi pelajar institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di Malaysia. Dapatan yang dihasilkan merupakan kajian kuantitatif melibatkan semmai 1,000 orang pelajar di lapan institusi TVET awam terpilih di Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian mendapati kekangan responden menceburi bidang keusahawanan berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbewan persepsi yang signifikan dari segi kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden peringkat pengajian sijil mahupun di peringkat diploma. Walaubagaimanapun, kajian mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden yang memiliki keluarga dan ibu bapa yang menjalankan aktiviti perniagaan berbanding responden yang bukan berlatarbelakang keluarga atau ibu bapa yang menjalanakn aktiviti perniagaan. Kajian turut mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kekangan menceburi bidang  keusahawanan di antara responden yang terlibat dengan aktiviti perniagaan samada mengikuti pengajian di institusi berbanding mereka yang tidak terlibat langsung dengan sebarang aktiviti perniagaan. Ringkasnya, menceburi bidang keusahawanan dilihat sehagai pilihan yang realistik bagi pelajar TVET di Malaysia oleh kerana kemahiran individidu yang spesifik dimiliki oleh mereka. Namun, sistem sukongan yang lebih bersepadu dan efektif boleh difikirkan bersama ke arah mengurangkan kekangan yang boleh membantutkan kesediaan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan.

 

Tarikh Input: 27/08/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEaLAt~