PENYELIDIK UTAMA & PENYELIDIK BERSEKUTU | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)

» PENYELIDIK UTAMA & PENYELIDIK BERSEKUTU

PENYELIDIK UTAMA & PENYELIDIK BERSEKUTU

Penyelidik Utama Institut

 

 

Prof. Dr. Haslinda Abdullah adalah Profesor Psikologi Gunaan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Nottingham, United Kingdom. Beliau mengajar kursus meliputi psikologi sosial, teori psikologi, psikologi komuniti dan psikologi pekerjaan. Beliau juga banyak mengkaji berkaitan belia dan pembangunan. Beliau merupakan salah seorang ahli pakar pemikir untuk Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Prof. Haslinda juga banyak membuat kajian berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif belia sewaktu mengikuti program sabatikal penyelidikan di Bronfenbrenner Centre for Translational Research, Cornell University pada tahun 2017. Beliau adalah pengucaptama ‘Projek Amanat Negara XVI 2019’, yang dijemput khas oleh United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students (UKEC) bagi membicarakan tentang masa hadapan anak muda Malaysia. Sebagai pakar rujuk NGO (MPWIM), beliau bertanggungjawab mengetuai sekumpulan panel pemilih bakal pemimpin belia di peringkat kebangsaan. Prof. Dr Haslinda juga merupakan Presiden Family Empowerment Society (FAME), sebuah NGO yang memperjuangkan perlindungan hak wanita dan anak dalam keluarga. Beliau juga adalah seorang jurulatih program Malaysian Technical Cooperation (MTCP) yang melatih pegawai penjara mengenai pembangunan belia. Pada tahun 2015, beliau dianugerahkan Pingat Bakti Setia atas sumbangan bermakna beliau kepada Jabatan Penjara Malaysia ini.

 

           

Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva merupakan Timbalan Pengarah Dan Pegawai Penyelidik Kanan di Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia sejak 2009. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pendidikan Pengembangan  dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2007. Kepakaran beliau ialah dalam bidang kesejahteraan masyarakat dan analisis data kuantitatif. Sehingga kini beliau telah melibatkan diri dalam 40 projek penyelidikan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa di mana 8 projek sebagai Ketua Projek. Beliau amat aktif dalam bidang penulisan artikel jurnal dan sehingga kini telah menghasilkan lebih daripada 150 artikel jurnal dengan h-index Scopus ialah 13. Kecemerlangan beliau dalam bidang ini memperlihatkan beliau dilantik sebagai Associate Editor untuk jurnal American Journal of Applied Sciences, Editorial Board Member untuk jurnal International Journal of Business and Management, serta Technical Editor untuk jurnal Trends in Applied Sciences Research serta Journal of Applied Sciences. Di samping itu, beliau turut aktif dalam penulisan buku khasnya yang berkaitan dengan kesejahteraan komuniti. Dr. Jeffrey juga merupakan  pengasas platform IPSAS Consultancy & Training. Melalui saluran ini beliau telah banyak mengajar bengkel statistik yang melibatkan perisian SPSS di samping menyediakan platform untuk penceramah lain mengadakan bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan dan penerbitan.

 

          

Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkelulusan PhD. dalam bidang Alam Sekitar dan Pembangunan serta Sarjana dalam bidang Pengurusan Persekitaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan Profesor Madya di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia serta Ketua Laboratori Belia dalam Kepemimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan selama 8 tahun di Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kelantan. Selain itu, selama 2 1/2 tahun beliau juga telah berkhidmat di Program Pengajian Alam Sekitar, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya sebagai Pensyarah Sambilan. Bidang kepakaran beliau merangkumi Governan Persekitaran, Sains Kelestarian, Polisi dan Perundangan Alam Sekitar, Pengurusan Alam Sekitar dan Penglibatan Awam dalam Isu Berkaitan Persekitaran. Beliau telah banyak menerbitkan bahan penulisan dalam bentuk jurnal, buku, bab dalam buku dan suratkhabar.

 

          

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zairul bin Mohd Noor adalah seorang ahli teknologi, arkitek, dan pensyarah kanan di Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Dr Mohd. Zairul mendapat ijazah Doktor Falsafah di TU Delft, Belanda pada tahun 2017. Bidang penyelidikan beliau meliputi perumahan fleksibel, ekonomi pusingan, model bisnes, analisis data kualitatif, ATLAS.ti, bangunan terbuka, industri perumahan, perumahan untuk belia, industrialized building system (IBS) dan pedagogi arkitek. Beliau adalah jurulatih bertauliah ATLAS.ti. Pada tahun 2022, Dr. Zairul dilantik sebagai Ketua Laboratori Generasi Siber di Institut Pengajian Sains Sosial, (IPSAS) Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai sarjana pelawat di University of Strathclyde (Glasgow, UK) pada tahun 2018. Beliau banyak menerbitkan penulisan dalam jurnal antarabangsa termasuk Open House International (OHI) dan Journal of Housing and the Built Environment, yang diindekskan dalam SCOPUS-Q1 (JOHO). Dr. Zairul adalah ahli editorial dalam beberapa jurnal berkualiti seperti MDPI (Buildings), Journal of Housing and the Built Environment, dan International Journal of Productivity and Performance Management. Beliau menerima beberapa anugerah di UPM, antaranya anugerah kertas terbaik, penerbitan tertinggi, anugerah hakcipta, pengajaran, dan perkhidmatan cemerlang. Beliau juga banyak mengendalikan lebih 200 kursus pengajaran dan penyelidikan di seluruh negara, juga di Indonesia, Filipina, dan India.

 

          

Dr. Hayrol Azril Mohamad Shaffril adalah Pegawai Penyelidik Sosial di Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak Mei 2008. Pada tahun 2017, beliau telah memperoleh PhD dari UPM dalam bidang pembangunan luar bandar. Bidang penyelidikan beliau adalah berkaitan dengan adaptasi terhadap impak perubahan cuaca dalam kalangan komuniti pertanian, kesediaan komuniti terhadap bencana alam, penggunaan teknologi dalam kalangan komuniti, serta sorotan literatur bersistematik (SLR). Sehingga kini, Dr. Hayrol Azril telah terlibat sebagai penyelidik utama dan penyelidik bersama dalam 82 projek penyelidikan bersama pelbagai agensi dalam dan luar negara seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Malaysian Digital Economy Corporation, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Pengairan Malaysia, Agensi Inovasi Malaysia, Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Pengaman Malaysia, SEARCA, London School of Hygiene dan WorldFish.  Sehingga Mac 2022, beliau telah menerbitkan sebanyak 132 artikel di jurnal berindeks Scopus dan 43 artikel di jurnal berindeks WoS. Dr. Hayrol aktif sebagai penilai artikel bagi jurnal berindeks WoS seperti Science of the Total Environment, Natural Resources Forum, World Development dan Information Develoment. Beliau pernah dilantik sebagai penilai pakar bagi Handbook of Climate Change Management oleh Springer. Pada tahun 2018, Dr. Hayrol telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Fellowship Naib Canselor bagi kategori Penerbitan Makalah Jurnal terbaik dalam Sains Sosial dan juga Anugerah Penyelidik Muda.

 

          

Dzuhailmi Dahalan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia dalam Bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2002 dan Diploma Pembangunan Manusia pada tahun 1999 daripada Universiti Putra Malaysia. Beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Sosial di Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Beliau aktif dan berpengalaman menjalankan kajian pembangunan belia terutama dari perspektif pembentukan polisi, kesejahteraan, penilaian program, keusahawanan dan lain-lain. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 13 tahun, beliau telah mengetuai sebanyak 3 projek penyelidikan serta menjadi penyelidik bersama dalam 37 projek penyelidikan daripada pelbagai penaja. Setakat semasa, sejumlah 45 artikel jurnal, 8 artikel bab buku, 29 kertas kerja seminar, 18 artikel surat khabar telah berjaya diterbitkan oleh beliau. Pada ketika ini, beliau memiliki 58 petikan dengan 5 H-index penerbitan jurnal berindeks Scopus serta sejumlah 235 petikan dengan 9 H-index pada pengkalan data penerbitan (Google Scholar).

 

PENYELIDIK BERSEKUTU

 

      
  

 

Prof. Madya Dr. Moniza Waheed

Emel: moniza@upm.edu.my

 

Prof Ts Dr Rusli Haji Abdullah

Emel : rusli@upm.edu.my

 

     

 

           

SXENNAT~