Bengkel Pencapaian 2025 Dan Perancangan 2026 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Bengkel Pencapaian 2025 dan Perancangan 2026

Bengkel Pencapaian 2025 dan Perancangan 2026

2 November 2025 – IPSAS telah berjaya mengadakan Bengkel Pencapaian 2025 dan Perancangan 2026 di Resorts World Awana, Genting Pahang bermula 31 Oktober hingga 2 November 2025. Pelaksanaan bengkel di luar kampus ini untuk mendapat persekitaran kondusif dan tiada gangguan operasi pejabat. Selain itu, dapat membuka minda luas dan positif untuk menghasilkan idea-idea konstruktif yang dapat membantu dalam pelaksanaan sasaran KPI 2026. Selain itu pelaksanaan bengkel ini sebagai suatu ganjaran kebajikan kepada warga IPSAS yang telah bertungkus lumus membantu dari segi pelaksanaan operasi terhadap program-program yang diadakan untuk mencapai KPI 2025.

Pengisian program bermula dengan amanat daripada Pengarah yang membuka minda melalui kaedah mengharmonikan dan meningkatkan ekosistem penyelidikan dengan memanfaatkan kepakaran dengan mengaitkan strategi bersedia untuk ‘foresight thinking’ dalam bidang sains sosial. Turut ditekankan hasrat Pengarah mengenai perancangan skop Penyelidikan dan penerbitan, Siswazah, Jaringan dan Pendanaan 2026.

Sepanjang bengkel dilaksanakan beberapa aktiviti dalam kumpulan dilaksanakan yang membangkit suasana ceria, bersemangat dan menyuburkan semangat bekerjasama warga IPSAS. Bengkel diteruskan dengan sesi pembentangan pencapaian semasa dan melihat kekuatan serta cabaran setiap skop. Sesi seterusnya semua warga IPSAS diberi ruang untuk memberi pandangan dan cadangan untuk melonjakkan pencapaian IPSAS pada 2026. Pada hari kedua sesi percambahan idea yang realistik untuk dilaksanakan setiap skop. Pembentangan setiap skop pula bai memastikan perancangan dan pelan tindakan selari serta pragmatik untuk dicapai dengan cabaran kekurangan sumber manusia.

Dengan suasana yang dingin dan segar aktiviti riadah di awal pagi juga diadakan di sekitar hotel selari dengan seruan PutraSihat. Pada sesi terakhir, warga IPSAS berpeluang mendengar kupasan “Minda Strategik” daripada YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff seorang nama besar dalam bidang perakaunan dan merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat IPSAS. Semoga perancangan dan pelan tindakan 2026 IPSAS dimudahkan dan dicapai seterusnya melonjak nama Universiti Putra Malaysia selari dengan True North UPM. 

Tarikh Input: 06/11/2025 | Kemaskini: 06/11/2025 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
X, (06:33:27am-06:38:27am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]