IPSAS Laksana Audit Kendiri EKSA 2026 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » IPSAS Laksana Audit Kendiri EKSA 2026

IPSAS Laksana Audit Kendiri EKSA 2026

Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 9 Julai 2026 (Khamis) yang melibatkan semua zon dan ruang di sekitar IPSAS.

Audit kendiri ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap kriteria EKSA serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, selamat dan berkualiti.

Hasil audit menunjukkan IPSAS memperoleh markah keseluruhan sebanyak 83.45%. Pencapaian bagi setiap komponen adalah seperti berikut:

Komponen

Kriteria Penilaian

Pencapaian

A

Keperluan Utama Pelaksanaan

98.3%

B

Ruang Tempat Kerja / Pejabat

90.1%

C

Tempat Umum

91.8%

D

Keselamatan Persekitaran

87.5%

E

Kawasan Persekitaran Jabatan

 100.0%

F

Tempat-tempat Khusus (mengikut keperluan agensi)

    33.0%

Jumlah

Markah Keseluruhan Audit Kendiri EKSA

 83.45%

Bersempena Audit Kendiri EKSA 2026, beberapa anugerah telah diberikan sebagai penghargaan kepada warga IPSAS yang menunjukkan komitmen tinggi dalam membudayakan amalan EKSA iaitu:

🏆 Anugerah Penyumbang Terbanyak Minyak Masak Terpakai

Encik Zaifunizam Ariffin

🏆 Anugerah Bilik Terbaik

Puan Nurul Akhtar Kamarudin

🏆 Anugerah Ruang Kerja Terbaik

Cik Siti Amira Azman

Secara keseluruhannya, keputusan audit kendiri ini menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan EKSA di IPSAS berada pada tahap yang baik. Walau bagaimanapun, beberapa aspek masih memerlukan perhatian dan penambahbaikan, khususnya bagi komponen yang dikenal pasti mempunyai potensi untuk diperkukuh.

Pihak IPSAS merakamkan penghargaan kepada semua warga institut atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Audit Kendiri EKSA. Diharapkan budaya kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif dapat terus diperkasakan melalui amalan penambahbaikan berterusan demi mencapai kecemerlangan organisasi.

Tarikh Input: 22/07/2026 | Kemaskini: 22/07/2026 | alyarahim

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
W, (11:02:18pm-11:07:18pm, 22 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]