BENGKEL PENERBITAN DAN PENULISAN IPSAS | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » BENGKEL PENERBITAN DAN PENULISAN IPSAS

BENGKEL PENERBITAN DAN PENULISAN IPSAS

NEGERI SEMBILAN, 7-9 Mac 2023 - IPSAS telah mengadakan satu Bengkel Penulisan dan Penerbitan di i-Aquas Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 7 hingga 9 Mac dan telah disertai oleh 9 orang staf terdiri daripada Prof. Dr. Abdul Lateef Krauss Abdullah, Timbalan Pengarah IPSAS, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, Ketua Laboratori IPSAS, Prof. Madya  Ts Dr. Mohd Zairul Mohd Noor, Ketua Laboratori IPSAS, Dr. Aini Azeqa Ma'rof, Ketua Laboratori IPSAS dan Penyelidik Bersekutu IPSAS iaitu Prof Madya Dr. Kamariah Kamaruddin, Dr. Murni Wan Mohd Nor, Dr. Mohd Naqiuddin Dahamat Azam dan Dr. Jasmin Arif Shah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyiapkan draf artikel bagi penerbitan di jurnal, bab dalam buku atau buku. Hasilnya didapati bahawa beberapa artikel telah berjaya disiapkan dan dimurnikan seterusnya dapat dihantar bagi tujuan penerbitan.

Semoga usaha ini dapat membantu IPSAS untuk mencapai KPI penerbitan dan menghasilkan penerbitan yang berkualiti.

 

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZCAw~