Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) telah menerima kunjungan panel penilai bagi Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2025/2026, yang merupakan salah satu anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2026.
Sesi penjurian melibatkan lawatan dan penilaian terhadap Sudut Bacaan IPSAS yang bertujuan membudayakan amalan membaca serta menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif kepada warga universiti.
Panel penilai terdiri daripada Puan Emelda Binti Mohd. Hamid dan Puan Noor Syafini Binti Zamani dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM, manakala Encik Mohd. Badrul Hisham Bin Basro bertindak sebagai jurukamera.
Terima kasih kepada panel penilai atas kesudian hadir, serta kepada seluruh warga IPSAS atas komitmen dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga IPSAS berjaya meraih pengiktirafan pada HKIP UPM 2026.





Tarikh Input: 02/08/2026 | Kemaskini: 02/08/2026 | alyarahim
