BENGKEL PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN ANJURAN IPSAS | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » BENGKEL PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN ANJURAN IPSAS

BENGKEL PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN ANJURAN IPSAS

SERDANG, 9 Januari – Kursus Structural Equation Modeling (SEM) Using Smart PLS 3.0 telah diadakan pada 8 hingga 9 Januari 2020 di Bilik Komputer, IPSAS.  Kursus ini telah menarik penyertaan pelajar siswazah dan penyelidik dari UPM dan IPTA sekitar Lembah Kelang.

Sebagai sebuah institut penyelidikan bidang sains sosial yang utama di UPM, IPSAS menganjurkan pelbagai siri latihan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar siswazah dan ahli penyelidik. Antara kursus yang menjadi tumpuan peserta ialah kemahiran menganalisis data penyelidikan, kemahiran pencarian kajian literature dan juga kemahiran menulis artikel untuk penerbitan jurnal berimpak tinggi. Untuk maklumat lanjut tentang jadual kursus, boleh layari laman web IPSAS http://www.ipsas.upm.edu.my atau laman sosial FB IPSAS Consultancy & Training.

 

                                                                Antara tajuk kursus yang dilaksanakan di IPSAS. 

 

Tarikh Input: 13/01/2020 | Kemaskini: 13/01/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDdJAI~