Kunjungan Hormat IPSAS Ke ISTAC-IIUM Dan RZS-CASIS UTM KL | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Kunjungan hormat IPSAS ke ISTAC-IIUM dan RZS-CASIS UTM KL

Kunjungan hormat IPSAS ke ISTAC-IIUM dan RZS-CASIS UTM KL

30 Mac 2022 - IPSAS telah mengadakan kunjung hormat ke dua institusi ternama di Malaysia iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) dan Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies in Islam, Science and Civilisation (CASIS), UTM. Kami telah disambut dengan baik oleh Pengarah di kedua-dua institusi tersebut.
 
Di ISTAC, kami telah dibawa melawati keseluruhan keindahan bangunannya. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kecantikan yang bercirikan Islam. Antara perbincangan dua hala yang telah dipersetujui adalah untuk mengadakan 1 webinar yang bertajuk "Spirituality and Value for Youth Well Being and Development", mengadakan kerjasama dalam penulisan buku serta kursus pendek.
 
Di CASIS pula, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam penulisan buku serta Dialog Pasca Siswazah IPSAS-CASIS. Di CASIS, pelbagai buku dengan topik-topik yang menarik hasil penulisan antaranya Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud boleh diperolehi.
 
Hasil kunjung hormat ke dua institusi ini telah membuahkan hasil yang sangat positif serta membuka pelbagai ruang dan peluang kerjasama antara IPSAS-ISTAC dan IPSAS-CASIS.
 

Tarikh Input: 06/04/2022 | Kemaskini: 07/04/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEZSAE~