KURSUS BULAN JANUARI ANJURAN IPSAS | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » KURSUS BULAN JANUARI ANJURAN IPSAS

KURSUS BULAN JANUARI ANJURAN IPSAS

4 FEBRUARI 2020, SERDANG :  Dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam menyiapkan tesis pengajian mereka, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) terpanggil untuk membantu golongan ini. Justeru itu, IPSAS untuk tahun ke-8 meneruskan penganjuran kursus-kursus dengan berorientasikan membantu golongan akademik dan khususnya pelajar untuk menimba ilmu dalam bidang penyelidikan.

Pada Januari 2020, IPSAS telah mengadakan beberapa siri kursus. Pada 8 & 9 Januari 2020 bertempat di Bilik Komputer, IPSAS telah diadakan kursus Introduction To Structual Equation Modeling (SEM) Using SMART PLS 3.0 : A Hands-On Approach yang telah disampaikan oleh Dr. Jacky Cheah Jun Hwa dari Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP), UPM. Kursus 2 hari ini mendedahkan peserta kepada state-of the art of Partial Lease Square-Structural Equation Modeling (PLS-SEM) menggunakan perisian Smart PLS 3. Peserta seramai 30 orang terdiri daripada pelbagai universiti antaranya UKM, INCEIF, UiTM, MAHSA, UNISZA dan dari UPM sendiri.

 

Pada 15 Januari 2020 pula telah diadakan kursus Writing A Systematic Review Web Of Science & Scopus Journal Article di Bilik Komputer, IPSAS dengan kehadiran seramai 40 orang peserta dari UNIKL, MAHSA University, UiTM, Multimedia University, IIUM, SMKA Pagoh, USM dan UPM. Kursus disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Shaun Lee Wen Huey yang IPSAS jemput dari MONASH University. Kursus ini mendapat sambutan yang baik mungkin kerana ia adalah satu topik yang dicari-cari oleh pelajar pada masa kini dan istimewa nya program kali ini ada ibu seorang guru dan anak pelajar dari UKM sama-sama turut serta.

Pada 21 & 22 dan 29 & 30 Januari 2020 telah diadakan Kursus Advanced Statistics Using SPSS yang disampaikan oleh Dr. Jeffrey Lawrence D’Silva dan Kursus Qualitative Research Methodology & Data Analysis Using ATLAS.Ti 8 oleh Dr. Kenny Cheah Soon Lee dari Universiti Malaya. Kedua-dua kursus ini juga diadakan di Bilik Komputer, IPSAS dengan dihadiri seramai 16 bagi SPSS dan 28 orang bagi Atlas.Ti.

 

Advanced SPPS                                    Atlas.Ti

Tarikh Input: 04/02/2020 | Kemaskini: 04/02/2020 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETWAb~