LAWATAN KERJA DARI IYRES | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » LAWATAN KERJA DARI IYRES

LAWATAN KERJA DARI IYRES

Oleh Nor Aini Mohamed

 Dr. Vellapandian dan Prof. Dr. Ismi

 

 

SERDANG, 21 September–  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia atau IYRES merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia. Delegasi IYRES, yang diketuai oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah melaksanakan lawatan kerja ke IPSAS dan kedatangan delegasi IYRES disambut oleh Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.

 

IYRES merupakan salah satu agensi yang tidak asing bagi IPSAS dan telah lama menjalinkan kerjasama dalam pelbagai program. Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam itu turut membincangkan bentuk kerjasama baru yang boleh dilaksanakan secara bersama oleh IPSAS dan IYRES. Sehubungan dengan itu, satu Memorandum of Understanding (MoU) akan diusahakan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani pada penghujung tahun ini.

 

 

Tarikh Input: 22/09/2020 | Kemaskini: 22/09/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEbJAK~