PENGUMPULAN DATA PROJEK PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN DESA SEKITAR JELI, KELANTAN | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PENGUMPULAN DATA PROJEK PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN DESA SEKITAR JELI, KELANTAN

PENGUMPULAN DATA PROJEK PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN DESA SEKITAR JELI, KELANTAN

Pada 30 Jun 2018 yang lalu, lima orang ahli penyelidik dari Institut Pengajian Sains Sosial, UPM telah melawat dan menjalankan aktiviti pengumpulan data penyelidikan bersama pengguna perpustakaan desa di empat buah perpustakaan desa sekitar daerah Jeli, Kelantan.  Perpustakaan desa yang terlibat ialah PD Bukit Jering, PD Batu Melintang, PD Sg. Satan dan PD Kg. Gemang. Projek penyelidikan yang bertajuk ‘Research on Reading Habits and Attitude Among Rural Library Users in Low Literacy Rate Area in Malaysia’ mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Perpustakaan Negara Malaysia dan dibiayai oleh Geran Putra IPM, UPM.   Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji tabiat dan sikap membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa di kawasan kadar literasi rendah di Malaysia. Tabiat membaca dianalisis melalui jenis bahan bacaan yang digunakan, jumlah masa yang diluangkan untuk membaca setiap hari, aktiviti masa lapang mereka, bahasa yang mereka suka untuk membaca, jumlah masa yang diluangkan untuk melayari internet dan permainan komputer / telefon mudah alih.  Selain negeri Kelantan, projek ini juga akan melaksanakan pengumpulan data di negeri Kedah, Sabah dan Sarawak.

 

Pengguna perpustakaan desa Kg. Gemang, Jeli. 

Responden kajian bergambar kenangan bersama penyelidik di perpustakaan desa Batu Melintang, Jeli. 

 

Perpustakaan desa di Kg. Sungai Satan, Jeli. 

 

Disediakan oleh

Nor Aini Mohamed
Webmaster & Ahli Penyelidik 

 

Tarikh Input: 04/07/2018 | Kemaskini: 04/07/2018 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETWAA~