PROGRAM IPSAS, UPM DAN KRT TAMAN SEROJA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » PROGRAM IPSAS, UPM DAN KRT TAMAN SEROJA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

PROGRAM IPSAS, UPM DAN KRT TAMAN SEROJA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

18 Feb 2023, Bandar Baru Salak Tinggi - Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia dan KRT Taman Seroja, Sepang telah mengadakan Program IPSAS UPM dan KRT Taman Seroja Bersama Masyarakat Setempat, di sekitar kabin KRT Taman Seroja. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Objektif utama program adalah untuk memperkasa komuniti dengan amalan cara hidup yang dapat meningkatkan kesejahteraan kehidupan dalam aspek sosial, budaya, ekonomi, dan persekitaran.
Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, ADUN Sg. Pelek, Tuan Haji Burhanuddin Haji Daud, Pengarah JPNIN Selangor, dan Tuan Haji Nor Mohd Zulkarnain Abdul Yazid, Ahli Majlis Bandar Baru Salak Tinggi. Dalam program ini, dua sesi ceramah telah dilaksanakan iaitu ceramah kesedaran penyakit bawaan nyamuk oleh Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman dan ceramah kesedaran penyalahgunaan dadah oleh En. Bobby Voo, dari AADK Daerah Sepang.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah saringan kesihatan asas (BMI, tahap glukosa, dan tekanan darah) secara percuma oleh pasukan dari Hospital Pengajar,UPM, demonstrasi penjagaan kucing oleh pasukan dari Fakulti Perubatan Veterinar,UPM, dan demonstrasi penanaman cendawan dan khidmat nasihat tentang penanaman cendawan tiram, oleh pasukan dari Pusat Pertanian Universiti, UPM. Program turut dimeriahkan dengan jualan buku dan majalah oleh Kumpulan Media Karangkraf. Para penduduk turut membuka gerai jualan makanan dan pakaian. Program ini telah berjaya menarik penyertaan lebih dari 100 orang ahli komuniti Taman Seroja. Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Penerangan Daerah Sepang dalam melaksanakan hebahan bergerak di sekitar Taman Seroja dan taman-taman perumahan berhampiran.
 

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 21/02/2023 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXDcSA2~