SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN IPSAS 2025 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN IPSAS 2025

SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN IPSAS 2025

9 Julai 2025 - Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2025 di Mini Auditorium 1, Bangunan TNCPI, UPM dengan penyertaan yang amat menggalakkan. Seminar ini menjadi platform ilmiah tahunan yang menghimpunkan pelbagai hasil penyelidikan terkini IPSAS dalam bidang sains sosial dan penuh dengan dapatan yang menyentuh realiti sebenar kehidupan, khususnya dalam kluster belia, kepimpinan, pembangunan komuniti dan pemajuan desa.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Jufitri Joha, Pengerusi Bersama The Commonwealth Alliance of Youth Workers Association (CAYWA), manakala ucaptama pula telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Seminar ini juga telah menyaksikan pertukaran MOU antara UPM dan IYC. Semoga jalinan kerjasama antara IPSAS dan IYC ini akan mengukuhkan lagi usaha kearah membangunkan belia negara.
Pembentang seminar terdiri daripada para penyelidik dan pelajar siswazah IPSAS manakala peserta pula merangkumi rakan strategik dari pelbagai kementerian dan agensi luar, pelajar, pensyarah dan penyelidik. Antara agensi yang hadir adalah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perikanan, Institut Sosial Malaysia (ISM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pengajian Tinggi, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Adab Youth Garage (AYG), National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Pusat Belia Antarabangsa dan lain-lain. Kehadiran mereka membuktikan betapa pentingnya penyelidikan ini sebagai panduan kepada penggubal dasar, agar setiap keputusan yang diambil lahir dari suara akar umbi dan denyut nadi masyarakat sebenar.
Di sebalik setiap graf dan angka yang dihuraikan, ada kisa
h tentang jatuh dan bangkitnya manusia. Tentang keperluan mendengar sebelum menggubal, dan memahami sebelum mengatur langkah. Justeru seminar ini membuka ruang kepada pertukaran idea, dialog ilmiah dan pengukuhan jaringan kerjasama antara akademia dan pihak industri serta pembuat dasar.
Semoga dapatan kajian yang dikongsi menjadi asas kukuh kepada pembangunan masyarakat dan negara yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan.

Tarikh Input: 16/07/2025 | Kemaskini: 16/07/2025 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
F, (10:31:40pm-10:36:40pm, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]