Seminar Serantau Isu-isu Komuniti (SSIK) 2022 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Seminar Serantau Isu-isu Komuniti (SSIK) 2022

Seminar Serantau Isu-isu Komuniti (SSIK) 2022

24 November 2022 - Rombongan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM seramai 10 orang telah berkunjung ke Aceh untuk tugasan rasmi iaitu sebagai pembentang kertas kerja di Seminar Serantau Isu-Isu Komuniti kali keempat (SSIK4) di Universitas Teuku Umar (UTU), Meulaboh, Aceh Barat. Majlis berlangsung dari 24 hingga 25 November 2022.

Diikuti penyampaian kuliah tamu di beberapa fakulti dalam Universitas Abulyatama (UNAYA). Berikutnya, khidmat komuniti di Desa Meunasah Intan Ingin Jaya pada 26 November 2022 yang dihadiri oleh penduduk desa berkenaan lebih kurang seramai 100 orang dengan tema 'Memperkuat Kesihatan Mental Remaja untuk Kehidupan yang Lebih Baik'.
 
Di sebalik kesibukan berpeluang melepaskan lelah seketika untuk mengambil pengajaran dari kisah tsunami yang menginsafkan. Selain itu berkunjung juga ke tempat-tempat bersejarah di Aceh.
 
Sesungguhnya masyarakat dan bumi Aceh sentiasa menggamit memori, InshaAllah akan ke sana lagi jika diizin Allah.
 

Tarikh Input: 01/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEYDAN~