SEMINAR SERANTAU ISU KOMUNITI 2019 | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SEMINAR SERANTAU ISU KOMUNITI 2019

SEMINAR SERANTAU ISU KOMUNITI 2019

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tetamu kehormat dan peserta bergambar kenangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prof. Dr. Asnarulkhadi menyampaikan cenderahati kepada Prof. Dr. Zulkifli Idrus.

 

Disediakan oleh Nor Aini Mohamed

Serdang, 26 November - Bertemakan ‘Komuniti Pemangkin Kesejahteraan Serantau’, Seminar Serantau Isu – Isu Komuniti (SSIK2019) yang julung kali dianjurkan oleh Institut Pengajian Sains Sosial, (IPSAS) telah berlangsung pada 26 dan 27 November 2019 bertempat di Mini Auditorium, Pejabat TNCPI, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.  Seminar ini telah menghimpunkan lebih 80 penyelidik sains sosial dalam pelbagai bidang kajian yang berkait dengan isu komuniti seperti politik, sosio--ekonomi, ICT, polisi awam dan transformasi sektor awam, alam sekitar, pelancongan dan eko pelancongan, pengurusan bencana, pembangunan lestari, kualiti hidup, sejarah dan nasionalisme, keadilan dan keamanan, kemiskinan, pendidikan, agama, ekuiti gender ,keselamatan makanan, kesihatan, ekstremisme dan budaya.

 

Dalam seminar ini, Prof. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, Pengarah IPSAS menyampaikan ucaputama yang bertajuk Pembangunan Komuniti: Praktis Mendayaupayakan Komuniti. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga International Association for Community Development (IACD) mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam penyelidikan berkaitan pembangunan komuniti terutama berkaitan kebolehan adaptasi manusia terhadap perubahan iklim, pemerkasaan komuniti dan kesihatan awam.  Pengucaptama dari Indonesia iaitu Prof. Dr. Jasman Maaruf, yang juga merupakan Reaktor dari Universiti Teuku Umar (UTU), Aceh menyampaikan ucaputama bertajuk Entreprenuership among University Student: Case Study in Acheh, Indonesia. Dua lagi pengucaputama ialah Prof. Dr. Fredolin Tangang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk yang sangat penting dan releven serta mempunyai impak kepada komuniti iaitu Climate Change from Global to Regional, Local Scales: Issues & Challenges dan Prof. Dr. Ramlee Mustafa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan tajuk Community-Based Education (CBE): Challenges and Prospects yang mana syarahan ini sangat berkait bagaimana untuk mendidik komuniti. Seminar ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mewakili Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.

 

Semasa perasmian SSIK2019 pada 26 November 2019, telah berlangsung beberapa aktiviti penting, antaranya pertukaran Letter of Intents (LOI) antara IPSAS, UPM dan Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP), UTU serta pelancaran 6 buah buku terbitan penyelidik IPSAS. Buku tersebut adalah Perubahan Iklim & Penyakit Bawaan Nyamuk di Malaysia, Bencana Alam & Jangkitan Penyakit, Anda & Alam Sekitar, Mentoring for Youth Development, Adaptasi petani Tanah Tinggi Terhadap Perubahan Cuaca serta Adaptasi Nelayan terhadap Perubahan Cuaca.

Tarikh Input: 08/01/2020 | Kemaskini: 20/02/2020 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXEUDA4~