SIDANG MEJA BULAT MAKSIAT SIBER | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » SIDANG MEJA BULAT MAKSIAT SIBER

SIDANG MEJA BULAT MAKSIAT SIBER

UPM Serdang, 10 Oktober - Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) dan Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME) telah mengadakan sesi Sidang Meja Bulat dengan tajuk ‘Maksiat Siber’. Objektif sidang meja bulat ini ialah untuk menyediakan platform  bagi membincangkan konsep maksiat siber dari pelbagai sudut pandang pemegang taruh dan mencadangkan penyelesaian yang konstruktif tentang isu ini.

Menurut Pengerusi MCCA Mohamad Sirajuddin,maksiat siber melibatkan isu moral individu, merangkumi scam, judi dalam talian dan pornografi, yang dilihat semakin berleluasa walaupun pelbagai program kesedaran telah dilaksanakan.  Pembentang untuk sidang ini ialah Puan Nafizah Md Fauzi dari Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM dan Wan Syahrul Amry Wan Mansor, dari Radio Zayan, ASTRO. 

Pihak JAKIM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mendidik masyarakat, terutama golongan belia dalam menangani isu ini.  ASTRO, melalui Radio Zayan juga turut menyediakan segmen untuk para pendengar meluahkan keresahan kesan maksiat siber. Jurucakap Zayan memberitahu, radio juga boleh digunakan sebagai medium penyebaran maklumat yang efektif.

Antara  wakil agensi yang hadir bagi sidang meja bulat ini adalah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Selangor, pakar keselamatan siber dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, pengamal undang-undang, serta NGO terpilih.  

May be an image of ‎16 people and ‎text that says '‎UPM മാങത IPSAS PUTRAMCJA MCOA PUTRA PERTANIAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA CYBER CONSUMER ASSOCIATTION FAME お.. INSDIUL.PENGAJIANSAINSSOSTAL SOSTAL INSTITUTP PENGAJIAN SAINS WWIVERSITIPUTRAMALAYSIA ALAYSIA UNIIVERSITI TANDAS تهعو SURAU 01 PERSIDANGAN MEIA BULAT MAKSIAT SIBER BILIK MESYUARAT, INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 10 OKTOBER 2024 I 9.00 PAGI 2.00 PETANG‎'‎‎

May be an image of 10 people, people studying, table and text

May be an image of 3 people, dais and text

Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 08/11/2024 | nm_aini

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
W, (10:59:34am-11:04:34am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]