11 November 2024 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama kumpulan pemikir Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) dan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Simposium Profesionalisme Kerja Belia Tahun 2024. Acara selama 2 hari ini telah diadakan Hotel Palm Seremban. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sukan Negara.
Simposium ini bertujuan untuk menghasilkan resolusi yang konkrit ke arah memartabatkan profesionalisme kerja belia di Malaysia. Resolusi simposium telah dibentangkan pada hari terakhir
simposium oleh YBrs. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa), UPM selaku wakil kumpulan pemikir UPM yang bertindak sebagai rakan kolaborator penganjuran simposium.
Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | nm_aini
