Taklimat Penilaian Prestasi | INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
» BERITA » Taklimat Penilaian Prestasi

Taklimat Penilaian Prestasi

Serdang 25 Mei – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Taklimat Penilaian Prestasi (PPT) pada 18 Mei 2021 secara atas talian. Taklimat diberikan oleh Puan Siti Ima Munira Ahmad, Ketua Seksyen Saraan dan Prestasi, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang kepentingan dan peranan Penilaian Prestasi dalam pencapaian prestasi pegawai dan staf secara tahunan. Objektif Sistem Penilaian  memfokus kepada  pembangunan  untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bagi tujuan peningkatan prestasi dan juga pertimbangan untuk menilai pencapaian bagi tujuan  ganjaran. 

Taklimat ini dihadiri oleh semua Pegawai Penyelidik dan Staf Pelaksana IPSAS . Di akhir  taklimat diharap semua pegawai penyelidik dan staf pelaksana lebih memahami apa tindakan yang perlu dilakukan dan lebih mengetahui  pengisian wajaran sasaran kerja tahunan dalam sistem penilaian prestasi masing-masing. 

Tarikh Input: 26/05/2021 | Kemaskini: 26/05/2021 | nooryati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENGAJIAN SAINS SOSIAL (IPSAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691872
Tidak berkaitan/0000
SXETTAS~